I remember during a semester break, I was asked by a Pastor to help translate the Malachi chapter in the Bible into Bahasa version. I knew that there was a Bahasa copy of Bible and I couldnt remember the reason given in doing so. I just remembered I was not thinking straight when I promised to do it. Eventually I managed to finish one chapter by God's grace. During the time, I only knew I had finished squeezing my brain juice. Each word when being translated must be carefully studied as not to sway away from its original version. So yes, this is Rachel Kho's version of translation. Please do correct me if there is any mistake. Keeping this here as a memory :)
Bab 1 Kata
Pengantar
1:1 [Inilah pesan
TUHAN kepada Maleakhi untuk umat Israel.]
Firman Tuhan
(Yehuwa, Tuhan umat Israel), dengan perantaraan nabi Maleakhi[1], kepada Israel(umat Israel, iaitu keturunan[2]
Yakub) Tuhan memanggil mereka sebagai bangsa-Nya, orang-orang
pilihan-Nya, anak-Nya, anak sulung-Nya[3],
umat-Nya serta milik pusaka-Nya[4].
Firman Tuhan
bukan di dalam khayalan, tetapi nabi diamanahkan secara langsung untuk
menyampaikan pesanan Tuhan, oleh itu kesemuanya 55 ayat yang terdapat dalam
buku Maleakhi merupakan kata-kata Yehuwa kecuali ayat-ayat yang
diuraikan oleh nabi dengan kata-kata sendiri dalam menyampaikan pesanan, oleh
itu buku tersebut dikatakan sebagai percakapan Yehuwa. Pesanan-Nya amat
mendesak dan keras kerana gaya hidup umat Israel yang rusak pada masa
itu iaitu sebelum Perjanjian Lama berakhir.
Pesanan
dalam buku Maleakhi disampaikan kepada umat Israel dalam
Perjanjian Lama.
Ia juga
disampaikan kepada umat Israel dalam Perjanjian Baru, iaitu mereka pada
hari ini yang bergantung kepada kasih karunia menyelamat Kristus Yesus,
yang dibenarkan karena iman, yang dipimpin oleh Roh Tuhan, mereka yang
merupakan anak Tuhan[5],
umat Israel.
Sebenarnya,
pesanan Tuhan yang dicatatkan dengan perantaraan nabi adalah peringatan untuk
gaya hidup kita hari ini. Pesanan-Nya dapat dibaca dengan mudah, pasti dan
benar[6]
serta semuanya bermanfaat.
1:2-3 [TUHAN berkata kepada umat-Nya, "Aku mengasihi
kamu." Tetapi mereka menjawab, "Bagaimana TUHAN mengasihi kami?"
TUHAN menjawab, "Bukankah Esau abang Yakub? Tetapi Yakub
Kukasihi, sedangkan Esau Kubenci. Daerah berbukit Esau sudah
Kuhancurkan, dan tanahnya Kuserahkan kepada binatang-binatang buas di padang
gurun."]
Buku ini menyatakan tujuh keperibadian Tuhan sendiri, iaitu keperibadian-Nya
yang berlimpah melalui tujuh penghinaan[7]
umat Israel terhadap Tuhan.
Penghinaan pertama [Bagaimana TUHAN mengasihi kami?]
Keperibadian pertama Tuhan ialah [Kasih]
Nabi Maleakhi menyebut tentang keperibadian Tuhan ini dahulu untuk
mengingatkan kita bahawa manusia dijadikan[8]
menurut gambar dan rupa Tuhan, maka kasih juga merupakan keperibadian pertama
kita(1 Korintus 13:1-8; 13:13).
Refleksi: Adakah kita sering kali menghina(berdosa terhadap) Tuhan?
Penyair mengajar kita supaya menyimpan ajaran Tuhan di dalam hati agar
jangan berdosa terhadap Tuhan(Mazmur 119:11).
Tuhan mencintai leluhur[9] Israel,
Dia hanya mencintai umat Israel, dari segala bangsa di atas bumi,
merekalah yang dipilih untuk menjadi umat yang kudus bagi Tuhan[10], Tuhan
memanggil umat Israel supaya memegang janji dan berpegang pada perintah, yakni
ketetapan dan peraturan, maka Tuhan akan memberkati mereka yang dikasihi-Nya[11].
Umat Israel dalam Perjanjian Lama sering tidak taat dan membantah
Tuhan[12],
nabi Yesaya menyatakan bagaimana mereka membantah, meninggalkan Yehuwa,
menista Tuhan dan berpaling membelakangi Dia; mereka sering dihukum oleh Tuhan
namun masih berdosa[13].
Ayat mengatakan bahawa apabila mereka dihukum atas dosa mereka, mereka
sanggup menghina Tuhan dengan mengata tiada sesekali Tuhan pernah mengasihi mereka,
bermakna mereka tidak pernah lihat apa-apa kelakuan Tuhan yang menunjukkan
kasih sayang terhadap mereka.
Refleksi: Sebagai anak Tuhan dalam Perjanjian Baru pada hari ini, adakah
kita benar-benar memahami kasih Tuhan? Tuhan Yesus telah tahan menderita
di kayu salib dan juga menanggung bantahan yang sehebat itu terhadap diri-Nya
dari pihak orang-orang berdosa(Ibrani 12:2-3), namun tidak pernah Tuhan menolak
umat-Nya(Roma 11:1), tetapi telah mati untuk menebus pelanggaran-pelanggaran
yang mereka lakukan(Ibrani 9:15). Tidakkah ini merupakan kasih Tuhan terhadap
umat Israel(umat Tuhan) dalam Perjanjian Baru dan Lama?
Tuhan menekankan bahawa meskipun Esau merupakan abang, Yakub
merupakan adik[14],
tetapi Yakub Dia kasihi, sedangkan Esau Dia benci. Ini adalah kedaulatan
Dia, namun jangan sesekali kita mengabaikan bahawa Tuhan kita merupakan Tuhan
yang adil, keadilan dan hukum adalah dasar kerajaan Dia[15],
bermakna Tuhan duduk di atas takhta-Nya dan mengadili kerajaan sorga-Nya dengan
adil. Oleh itu, adalah sebabnya di sebaliknya apabila Tuhan cenderung kepada Yakub.
Nama Yakub membawa maksud memegang[16].
Dia memegang hak kesulungan apabila ada kesempatan[17],
memegang janji Tuhan[18]
dan juga memegang berkat Tuhan[19].
Tidak hairanlah Tuhan cenderung kepadanya, memberi nama baru kepadanya,
menamakannya sebagai Israel(Putera- Putera Kerajaan Sorga). Sebaliknya,
bagi Esau, Tuhan hanya memberi dia satu kritikan, iaitu, [Demikianlah Esau
meremehkan(berbanding dengan Yakub yang memegang) haknya sebagai anak
sulung] (Kejadian 25:34; Ibrani 12:16)
Refleksi: Sebagai umat Israel pada hari ini, melalui pesanan ini,
kita harus berfikir, sebagai Kristus pada hari ini, adakah kita
benar-benar memegang(menggenggam rapat) hak sebagai anak Tuhan(Yohanes 1:12),
memegang janji untuk hidup sejati dan kekal(1 Yohanes 2:25), memegang berkat
untuk hidup ini(Ulangan 28:1-14) dan demikianlah mendapat kasih Tuhan Bapa?
Tuhan kata: [benci Esau], bermakna benci keluarga Esau (keturunannya),
sudah tentulah ada sebabnya. Dalam sejarah, kita boleh bandingkan cara melayani
saudara-saudara oleh keluarga Esau dan keluarga Yakub dan
seterusnya mendapat tahu sebabnya. Semasa bangsa Israel keluar dari Mesir
dan melalui daerah keluarga Esau untuk memasuki tanah yang dijanjikan,
mereka bersikap cermat dan hormat kepada saudara mereka(Ulangan 2:4-6), namun
bangsa Edom, yakni keluarga Esau(Kejadian 25:30) tidak izinkan
laluan[20].
Tuhan memesan kepada Israel supaya jangan menganggap keji orang Edom(Ulangan
23:7), namun orang Edom berlaku kejam terhadap saudara-saudara mereka.
Apabila musuh mengangkat semua kekayaan keluarga Yakub, orang Edom
senang atas nasib sial dan bergembira pada hari saudara mereka binasa serta
merenggut kekayaannya pada hari sialnya, nabi Obaja telah menyatakan
lapan [kekerasan] orang Edom terhadap keluarga Yakub semasa
mengumunkan dosa mereka(Obaja 10-14). Akhirnya Tuhan menyerang dengan serbuan
orang asing[21]
dan menjadikan tanah Esau sunyi-sepi[22],
yakni pergunungan Seir yang pernah Tuhan berikan kepada keluarga Esau(Ulangan
2:5)
1:4 [Andaikata
keturunan Esau, orang-orang Edom itu berkata, "Kota-kota
kami sudah dihancurkan, tapi kami akan membangunnya kembali," maka TUHAN
akan menjawab, "Mereka boleh membangun kembali, tetapi Aku akan
merobohkannya. Mereka akan disebut 'Negeri durhaka' dan 'Bangsa yang kena murka
TUHAN untuk selama-lamanya.”]
Tanah Edom sering diserbu dan dihancurkan, namun orang Edom
berkali-kali membangunnya kembali akibat keangkuhan mereka[23],
pengetepian dosa mereka serta berkali-kali berdosa. Tuhan sendiri mengira dosa
mereka terhadap saudara mereka dan mengumunkan hukumannya[24]: oleh
itu, bagaimana mereka membangun kembali, Tuhan akan merobohkannya juga, milikan
mereka umpama pencuri datang pada malam hari dan mengambil semuanya, juga
umpama pemetik buah anggur tidak akan meninggalkan sisa-sisa
pemetikannya(Yeremia 49:9; Obaja 5-6).
Bermulanya dari Adam, manusia tidak setia melakukan perintah Tuhan,
maka terkutuklah tanah disebabkan dosa yang dilakukan oleh manusia[25].
Orang Edom juga begitu, malahan keturunan mereka juga Tuhan membenci.
Mengapakah Tuhan marah terhadap orang Edom untuk selama-lamanya?
Penyair pernah berkata, Tuhan tidak menghardik terus-menerus, dan tidak marah
untuk selama-lamanya[26].
Lalu kita perlu menyelidiki secara mendalamnya cara keluarga Esau
melayani keluarga Yakub.
Selain daripada dosa-dosa orang Edom yang dinyatakan oleh nabi di
atas, keluarga Edom terus-menerus melakukan perbuatan jahat yang lagi
besar terhadap keluarga Israel.
Doeg
membantu Saul untuk memburu Daud(1 Samuel 22:9-22); jikalau orang
Edom berjaya membunuh Daud, maka keturunan Daud, Tuhan Yesus(Wahyu
22:16) tidak akan muncul dalam Perjanjian Baru.
40 tahun sebelum Kristus, orang Roma melantik Herodes Agung
sebagai raja Yudea, iaitu orang Edom(ataupun orang Idumaea
dalam Perjanjian Baru) dan menurut kepada catatan kitab, merupakan orang yang
hendak membunuh Tuhan Yesus yang lahir di bumi(Matius 2:1-18).
Anak Herodes Agung(orang Edom), Antipas telah membunuh
perintis Tuhan Yesus, iaitu Yohanes Pembaptis(Matius 14:1-12).
Raja Herodes Agrippa I menekan anggota-anggota jemaat, membunuh Yakobus
dan memasukkan Petrus ke dalam penjara(Kisah Para Rasul 12:1-4).
Soalan: Mengapakah bangsa pilihan Tuhan diburu oleh saudara dalam sejarah?
Mengapakah orang Edom ingin membunuh penyelamat[27] yang
dinyatakan dalam nubuat nabi? Mengapakah mereka ingin menekan anggota-anggota
jemaat Tuhan?
Jawapannya:
Merupakan suatu
peperangan yang seram di dunia roh(Wahyu 12:7);
Mengenai (darah
Anak Domba);
Merupakan asal
kejayaan anak Tuhan(Wahyu 12:11);
Syaitan/Naga dengan maksud menelan anak laki-laki
iaitu Tuhan Yesus yang dilahirkan di bumi(Wahyu 12:4-5);
Ia memburu umat Tuhan dalam Perjanjian Lama(wanita/Israel(Wahyu 12:6)), anak Tuhan
dalam Perjanjian Baru(Wahyu 12:17);
Ia ingin menghapuskan penyelamatan manusia oleh salib.
Perhatian: Yehuwa Tuhan merupakan Tuhan yang rasional;
semasa Dia menjalankan kedaulatan-Nya, adalah sebab-sebabnya. Jika tidak,
mengapakah kita perlu mengendahkan penghakiman Tuhan; mengapakah orang benar
perlu ada kebenaran dan orang jahat perlu diadili? Jikalau kasih Tuhan tidak rasional, mengapakah Yakub
perlu memegang rapat hak kesulungan dan penganut Kristus hari ini perlu
memegang rapat hak sebagai anak Tuhan?
1:5 [Bangsa Israel
akan melihatnya sendiri, dan berkata, "Sungguh besarlah TUHAN;
kekuasaan-Nya sampai di luar tanah Israel!"]
Yakub mendapat hak kesulungun
dan mewarisi perjanjian Tuhan dengan Abraham.
Kriteria perjanjian Tuhan adalah Abraham
perlu hidup di hadapan Tuhan dengan tidak bercela dan perjanjian ini diwarisi
oleh keturunannya. Segala berkat dalam perjanjian memerlukan dua pihak untuk
menunaikan syarat; pihak pertama, Yehuwa akan menjadi Tuhan Abraham
dan Tuhan keturunannya(Kejadian 17:1-2, 7), pihak kedua, Abraham dan
keturunannya akan mentaati Tuhan dan melakukan apa yang baik dan adil(Kejadian
18:19). Perjanjian ini bermula dari Abraham, sampai kepada Ishak[28]
dan seterusnya diwarisi oleh Yakub[29].
Disebabkan perjanjian ini hanya dimiliki oleh keluarga Yakub dan juga
hanya dimiliki oleh Israel; selepas ini Tuhan menamakan Yakub
nama baru Israel, Israel membawa maksud Putera Kerajaan Sorga.
Perhatian: Orang yang milik Kristus dalam
Perjanjian Baru pada hari ini juga adalah keturunan Abraham(Galatia
3:29); sebab dia ialah bapa banyak bangsa yang berharap(Roma 4:18);
keturunannya mewarisi perjanjian Tuhan, umat Israel dalam Perjanjian
Baru adalah mereka yang memegang rapat hak sebagai anak Tuhan [Putera Kerajaan
Sorga].
Yehuwa adalah Tuhan, Dia berada
di segala tempat, sudah tentulah juga berada di luar tanah Israel. Ayat
ini merupakan ubuat, menyatakan bahawa perjanjian antara Dia dengan Israel
akan melampaui umat Israel dalam Perjanjian Lama dan menjangkau umat Israel
dalam Perjanjian Baru; bangsa-bangsa [di luar tanah Israel] yang
mendapat penyelamatan Yehuwa akan berkata, “Sungguh besarlah Tuhan![30]”
Hal ini akan berlaku pada masa depan
yang terdekat, malah umat Israel akan lihat sendiri dan berkhotbah
tentangnya. Disebabkan buku Maleakhi merupakan pesanan nabi terakhir
dalam Perjanjian Lama, keluarga Israel akan transit ke Perjanjian Baru
dan menyambut kedatangan Perjanjian Baru(Utusan yang mengumunkan perjanjian[31])
yang mereka kagumi.
Ubuat telah dicapai dalam Perjanjian Baru
pada hari ini.
Tidakkah Israel pada hari ini
lihat dengan mata sendiri Khabar Baik Tuhan Yesus di luar tanah? Tidakkah nama Tuhan Yesus diagungkan oleh
bangsa-bangsa?
[1] Malaekhi=Utusan-Ku
[2] Kejadian 32:26-27
[3] Keluaran 4:21-22
[4] Yesaya 19:25
[5] Roma 3:24; 8:14; 9:4-8
[6] Habakuk 2:2,3
[7] Maleakhi 3:13
[8] Kejadian 1:26
[9] Ulangan 4:37
[10] Ulangan 7:7-8
[11] Ulangan 7:9-13
[12] Roma 10:21
[13] Yesaya 1:2-9
[14] Kejadian 25:21-26
[15] Mazmur 89:14; 97:2; Yesaya 9:7; Yeremia 23:5
[16] Kejadian 25:26
[17] Kejadian 25:29-34
[18] Kejadian 32:26
[19] Kejadian 32:26
[20] Ulangan 20:14-22
[21] Yeremia 49:14
[22] Yesaya 34:5
[23] Yesaya 49:16
[24] Amos 1:11-12
[25] Kejadian 3:17; Ulangan 28:15-20
[26] Mazmur 103:9
[27] Tuhan mengangkat seorang raja yang
adil dari keturunan Daud (Yeremia 23:5-6)
[28] Kejadian 17:19; 26:2-4
[29] Kejadian 28:13
[30] Mazmur 96:4
No comments:
Post a Comment